Dalam memilih finishing yg sesuai untuk kediaman anda, beberapa faktor perlu dititikberatkan..
Fungsi material dari segi :
-keselamatan dan keselesaan
-ketahanan material
-kesenangan dlm membersihkan material tersebut
-fire-resistant
-kekuatan akustik
Estetik:
-warna
-tekstur
-corak, pattern
Ekonomi:
-Kos material dan pemasangan
-lifetime kos, dari segi maintenance
Pemilihan material haruslah sesuai dgn fungsi dan mood kawasan tersebut:
Contoh: jika kwasan ruang tamu, di mana bnyk aktiviti dijalankan dan perlu pembersihan kerap, dan mahukan kawasan tampak luas, penggunaan jubin semi-gloss atau glossy amat sesuai.
Jika mahukan suasana warmth dan cozy, penggunaan wood planks dan laminated timber flooring adalah lebih sesuai. Penggunaan kayu keras seperti cengal dan meranti dapat melahirkan suasana yg mewah dan semulajadi, namun memerlukan sedikit pemerhatian dalam penjagaannya supaya kekal cantik.
Penggunaan batu (original stone) sesuai utk dinding luar dan dalam kediaman, dan penggunaan pebble wash untuk lantai dpt mewujudkan suasana berbeza, lebih natural dan cantik. Tidak perlu maintenance, cuma tambahkan glaze dari semasa ke semasa untuk protection dan tampak lebih berkilat.